Penasihat Keselamatan Negara Amerika Syarikat (AS) Jake Sullivan.

PENASIHAT Keselamatan Negara Amerika Syarikat (AS) Jake Sullivan bertemu rakan sejawatannya dari Israel untuk membincangkan perkara berkaitan Iran, Rusia, Ukraine dan Palestin, lapor Sputnik memetik Rumah Putih.

“Pembantu Presiden bagi Hal Ehwal Keselamatan Negara Jake Sullivan menjadi tuan rumah kepada Penasihat Keselamatan Negara Israel Tzachi Hanegbi dan Menteri Hal Ehwal Strategik Ron Dermer di Rumah Putih hari ini bagi membincangkan pelbagai isu global dan serantau yang menjadi perhatian bersama,” kata Rumah Putih dalam kenyataan akhbar pada Khamis.

Pegawai AS dan Israel itu berbincang mengenai penyelarasan yang dipertingkat untuk menghalang Iran daripada memperoleh senjata nuklear, selain usaha untuk menentang ancaman Iran dan proksinya, kata kenyataan itu.

Baca artikel lain: PN letak calon nama besar di PRN Selangor?

Dalam pertemuan itu, Sullivan turut menggariskan keperluan untuk mengambil langkah tambahan dalam memperbaiki kehidupan rakyat Palestin agar mempunyai wilayah yang lebih stabil.

Menurut kenyataan itu, kedua-dua pihak juga membincangkan kebimbangan bersama mengenai hubungan ketenteraan Rusia yang semakin kukuh dengan Iran serta sokongan untuk keselamatan Ukraine.

Sullivan juga menegaskan semula matlamat pentadbiran Biden dalam meningkatkan keselamatan dan integrasi ekonomi Israel di Asia Barat, menurut kenyataan itu.

–BERNAMA-SPUTNIK

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram