Lim Kit Siang ketika menerima Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM), tahun lepas. - GAMBAR: Jabatan Penerangan Negara

LIM Kit Siang mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pemimpin DAP pertama yang menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2023 bagi Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) sekali gus membawa gelaran Tan Sri.

Kit Siang yang berusia 82 tahun pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen di tujuh kawasan sejak 1969 hingga 2022 antara 26 penerima Darjah Kebesaran PSM.

Gelaran tersebut ialah darjah kebesaran persekutuan kedua tertinggi, selepas Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara, Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) atau Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia, Seri Setia Mahkota yang membawa gelaran Tun.

Pada masa sama, tokoh politik dan agama negara, Allahyarham Nik Abdul Aziz turut menerima Darjah Kebesaran Pingat Mangku Negara (PMN) sekaligus membawa gelaran Tan Sri.

Allahyarham Nik Aziz meninggal dunia pada 12 Februari 2015 pernah memegang jawatan Mursyidul Am Pas semasa hayatnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram