AHLI yang bergelar ‘orang parti’ tidak akan berkokok membelakangi UMNO meskipun berdepan dengan tindakan disiplin mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, mereka yang sering menghentam parti sama ada masih merupakan ahli atau pun tidak boleh disamakan sebagai ‘gunting dalam lipatan’.
Beliau berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku dan menjadikan kes Datuk Lokman Noor Adam yang dibuang UMNO sebagai contoh kerana kekal akur dengan keputusan telah dibuat.
“Soal disiplin parti, kita tahu bahawa MKT dan Lembaga Disiplin melakukan tugas-tugas mereka secara profesional dan bersikap sangat terbuka dalam tindakan-tindakannya.
“Kami MKT juga sentiasa bersikap terbuka atas saranan perwakilan untuk menerima kembali ahli-ahli yang dikenakan tindakan disiplin, dan dalam soal ini kita ada perlembagaan dan peraturan.
“Insya-Allah kita harap rakan-rakan yang sama ada digantung atau yang lebih daripada itu, kita mahu lihat selepas tindakan sama ada mereka benar orang parti atau memang benar-benar gunting dalam lipatan.
“Kalau benar-benar orang parti tidak akan berkokok di sana di sini menghentam parti dari luar,” katanya dalam Ucapan Penggulungan Presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023, hari ini.
Pada masa sama, Ahmad Zahid menegaskan, perkara berkaitan soal Perlembagaan, kedudukan raja, bahasa serta orang Melayu masih menjadi keutamaan UMNO meskipun kini berada di dalam Kerajaan Perpaduan.
Ujarnya, perkara tersebut tidak boleh dikompromi kerana ia menjadi antara syarat UMNO untuk menyertai kerajaan ketika ini yang turut melibatkan gabungan Pakatan Harapan (PH).
Baca artikel lain: PRN tak boleh jadi indikator kejayaan BN dalam PRU-15
“Saya sengaja menggunakan pentas ini untuk menyatakan dengan jelas di depan Perdana Menteri, di depan semua pemimpin parti-parti Kerajaan Perpaduan termasuk Setiausaha Agung DAP.
“Sebab itulah wishlist yang utama di dalam perundingan di dalam pembentukan kerajaan sebagaimana saya nyatakan dalam taklimat presiden dengan PH dan BN…dan semua parti-parti akur,” katanya lagi.
Dalam pada itu, beliau turut berkongsi cerita pengalaman bertemu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selain mengulangi komitmen untuk memastikan keadilan sewajarnya diberikan.
“Saya sempat bersarapan dengan beliau dan saya bawa semua makanan kegemaran beliau. Kami makan bersama, sekarang beliau sedang meneruskan pengajian PHD di dalam Penjara Kajang.
“Insya-Allah komitmen MKT yang mendapat mandat rakan-rakan dari peringkat bahagian dan cawangan yakinlah bahawa MKT terus komited membela Najib Razak supaya diberikan keadilan,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

