GARA-GARA terlanggar bangkai babi, empat kenderaan rosak selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Desa Pinggiran Putra, Sepang, pukul 6.47 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kemalangan berlaku apabila pemandu Honda City berusia 57 tahun dalam perjalanan dari Desa Pinggiran Putra ke Alamanda.
Katanya, apabila sampai di lokasi kejadian pemandu Honda City telah melanggar bangkai babi sebelum terbabas.
“Kereta itu kemudian melanggar Toyota Yaris, Honda BRV dan sebuah motosikal yang berada di lorong kanan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, sebelum kemalangan itu, pemandu Yaris berusia 42 tahun terlebih dahulu telah melanggar babi tersebut.
Jelasnya, penunggang berusia 21 tahun dan pemandu Honda BRV kemudian bertindak berhenti di lokasi kejadian bagi membantu pemandu Yaris.
Tambahnya, akibat perlanggaran tersebut penunggang motosikal mengalami cedera ringan di tangan kanan, kaki kiri dan telah menerima rawatan di Hospital Putrajaya.
“Sementara ketiga-tiga pemandu kereta yang terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Kesemua kenderaan mengalami kerosakan dan kes disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

