Penunggang Ducati Panigale maut terhumban 30 meter dari atas jejambat

Dari Penulis

SEORANG penunggang Ducati Panigale maut selepas terhumban jatuh ke bawah pada ketinggian 30 meter ketika mengelak sebuah motosikal lawan arus pada 1.10 petang tadi.

Kejadian dilapor berlaku di Kilometer 22.2 Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE).

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, kemalangan dipercayai berlaku semasa mangsa sedang mengambil jalan berselekoh dan secara tiba-tiba datang sebuah motosikal dari arah bertentangan melawan arus.

“Mangsa seorang lelaki Melayu berusia 60-an cuba mengelak sebelum melanggar penghadang jalan di lorong kiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, akibat perlanggaran itu, mangsa telah terhumban jatuh pada ketinggian 30 meter manakala motosikalnya terseret ke tengah jalan.

“Mayat mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap di belakang pagar stesen kawalan SMART Sungai Klang.

“Mangsa mengalami kecederaan parah di kaki dan disahkan maut di lokasi kejadian,” ujarnya.

Tambahnya, polis kini sedang mengesan motosikal yang melawan arus dan bertindak meninggalkan tempat kejadian.

Katanya, rakaman kamera litar tertutup telah dikenal pasti dan akan diteliti oleh pihak lebuhraya SUKE.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian penunggang motosikal yang melawan arus menunggang secara melulu sehingga menyebabkan kematian,” ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Saksi bebas diminta tampil menyalurkan maklumat dengan berhubung Pegawai Penyiasat Inspektor Muhamad Yusaiful Muhamat Basir di talian 011-1307 8348.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This