Kehadiran Ultraman buat ribuan peminat teruja

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

KEHADIRAN tiga bintang utama siri adiwira Ultraman Blazar dari Jepun iaitu Hiroki Matsumoto, Yura Murayama dan Raiga Terasaka di Lalaport Bukit Bintang, hari ini mendapat sambutan hangat daripada peminat tanah air.

Lebih 1,000 peminat memenuhi ruang legar pusat membeli belah berkenaan demi ingin mendekati tiga watak utama itu.

Hiroki memegang watak sebagai Ultraman Decker, Yura (Ichika Kirino) dan Raiga (Ultraman Trigger) tidak menyangka mendapat sambutan sangat mengujakan daripada peminat siri animasi popular terbabit.

“Terima kasih kerana menyokong kami terutamanya siri Ultraman sejak dari dahulu sampai sekarang. Saya tahu sudah banyak karakter Ultraman disiarkan, tetapi saya bangga menerima sambutan baik daripada penonton di negara ini.

“Saya berbesar hati diberi peluang untuk pegang watak Ultraman Decker. Ramai juga peminat Decker di sini. Saya harap semua orang gembira dan terhibur hari ini,” katanya ketika ditemui URTV pada sidang media Ultraman Decker Final Tour: Journey to Blazar.

Turut hadir di sidang media tersebut ialah Ketua Kandungan Kanak-Kanak Astro, Farah Fauzana dan Pengurus Eksekutif Jabatan Perniagaan Antarabangsa Tsubaraya Productions, Kei Minamitani.

Program Ultraman Decker Final Tour: Journey to Blazar diadakan di LaLaport Bukit Bintang antara 10 Jun hingga 2 Julai depan turut menyediakan pameran istimewa, Ultraman Decker termasuk aktiviti menarik untuk pengunjung.

Saksikan juga siri terbaharu mereka, Ultraman Blazar yang akan ditayangkan pada hari yang sama dengan Jepun, pada setiap Sabtu, mulai 8 Julai ini, pukul 8.30 malam di saluran Astro Ceria (611).

Para penonton turut boleh menyaksikan siri ini secara fleksibel melalui platform On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO serta ulangan pada setiap hari Isnin, jam 4.00 petang.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This