Insiden bakar al-Quran: Pas gesa kerajaan bertindak lebih tegas

Dari Penulis

PAS mengutuk insiden membakar al-Quran di luar sebuah masjid di Stockholm, Sweden, Rabu lalu, semasa cuti sambutan Aidiladha dan berharap agar kerajaan Malaysia bertindak lebih tegas dan aktif dalam isu berkenaan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata kerajaan perlu menunjukkan keseriusan dalam isu berkenaan dan mengetengahkan mesej keamanan serta persaudaraan yang dibawa oleh Islam selaras dengan dasar dan pegangan negara.

“Selain mengeluarkan kenyataan rasmi atau memanggil wakil Sweden ke negara ini bagi menyampaikan protes kita, PAS juga menggesa Kementerian Luar supaya memanggil pulang duta kita ke negara berkenaan sebagai langkah bantahan yang lebih tegas,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Katanya, kerajaan juga boleh berperanan secara lebih aktif di pentas dan forum antarabangsa bagi menggembleng suara dan tindakan dunia dalam menghalang dan memberi tekanan kepada kerajaan serta pihak berkuasa Sweden daripada terus bersikap sambil lewa terhadap perbuatan tersebut.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This