Sukarnya apabila menanggung beban emosi seorang diri, hendak diluah namun tidak ramai yang faham, malah takut menjadi bahan umpatan orang sekeliling.
Bila cerita masalah kewangan, sekadar melepaskan tekanan, ada pula yang menganggap itu sebagai hint untuk meminjam duit. Hendak cerita masalah keluarga, takut membuka aib. Semuanya serba tidak kena.
Perkongsian Khairy Malik ini sekadar meluahkan apa yang terbuku di hati dan yang pasti ramai melalui kisah yang sama.
“Bila makin dewasa ni, banyak masalah pendam sendiri. Sebab nak cerita kat orang kadang orang tak faham. Atau rasa macam tak sesuai nak cerita kat orang walaupun orang tu keluarga/kawan rapat.
Kalau cerita masalah tempat kerja dengan keluarga, nanti keluarga tak faham. Perkataan yang cuma keluar dari mulut mereka hanyalah “sabarlah”. Sebab dia tak faham situasi kita.
Kalau cerita masalah tempat kerja dengan kawan sekerja, nanti tersebar ke merata tempat lepas tu ramai jadi penyampai.
Pernah luah dekat kawan pasal masalah kewangan. Aku cuma nak luah pasal duit aku berkurang je. Bukan nak minta duit dia pun, bukan minta dia bantu pun. I just need shoulder to lean on and ears to listen my story.
Tapi baru je start cerita , “oh aku takde duit. Tak dapat nak tolong kau”.
Eh aku nak luah je. Baru aku tahu apparently orang tak suka kita cerita masalah duit sebab takut seolah kita ni nak meminjam/minta duit dari dia secara halus.
Nak cerita masalah keluarga dekat keluarga sendiri lagi lah tak boleh. Confirm akan saling sampai menyampai. Nak cerita masalah keluarga dekat kawan, rasa tak patut sebab seolah buka aib keluarga.
Banyak lah lagi. Bila makin dewasa, aku makin faham bahawa banyak masalah yang tak sesuai dan terlalu rumit untuk kau luah dan kongsi perasaan dengan orang. Walaupun dengan orang yang rapat.
So akhirnya pendam sendiri. Aku tahu bukan aku je macam ni. Ramai lagi.
Kepada sesiapa yang ada masalah atau beban dalam kepala tapi tak mampu diungkapkan dalam bentuk kata-kata/ tak mampu luah, semoga Allah swt tunjukkan jalan keluar.
Ketahuilah bahawa Allah itu Maha Mengetahui yang tahu setiap isi hati kita. Kita tak cerita dan luah kat Dia pun, Dia tetap tahu. Jadi kita mengadu dengan Dia je lah.
Sekian coretan diri sendiri.”
Kredit : Khairy Malik

