Zamani tak pernah menyesal jalani pembedahan betulkan tulang belakang – “Badan saya rasa tak selesa, sakit yang masih boleh tahan”

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENYANYI Zamani Ibrahim tidak pernah menyesal menjalani pembedahan bagi membetulkan tulang belakannya yang melengkung disebabkan penyakit skoliosis yang dialami sebelum ini.

Ujar Zamani,52, yang merupakan vokalis kumpulan Slam, sudah hampir setahun prosedur tersebut dilakukan namun sehingga kini dia masih belum lagi merasai ‘nikmat’ selesa seperti orang normal lain.

“Saya ada juga fikir lepas pembedahan akan dapat jalani hidup seperti orang normal tapi sejujurnya saya masih belum rasa 100 peratus keselesaan tersebut.

“Tapi saya akui keadaan saya semakin baik berbanding sebelum pembedahan. Cuma iyalah badan saya perlukan masa untuk sesuaikan dengan besi yang dimasukkan ke dalam tulang belakang saya.

“Saya rasa tak selesa disebabkan besi sokongan yang dimasukkan di bahagian kiri dan kanan badan,” katanya kepada URTV.

Zamani berkongsi keadaan kesihatannya ketika ditemui pada sesi latihan Konsert Nurkasih di studio di Ukay Perdana, Ampang, baru-baru ini.

Sementara itu, kata pelantun lagu Gerimis Mengundang itu lagi, dia ada merujuk pekara tersebut kepada doktor pakar dan sudah dimaklumkan jika badannya akan tidak akan selesa 100 peratus.

“Skoliosis tak menyebabkan saya rasa sakit tapi keadaan fizikal tubuh badan tu tak berapa cantiklah kan. Bila dah masukkan besi ini, ia lebih pada sakit.

“Tapi sakit yang saya masih boleh tahan lagi lah. Kadangkala buatkan badan saya tak selesa tapi apa-apa pun ia tak ganggu pergerakan harian saya,” jelasnya.

Bercakap tentang persediaan konsert Nurkasih, ujar Zamani, bagi mengelakkan kesihatannya terganggu menjelang persembahan kelak, dia bertindak untuk tidak menerima tawaran nyanyian lain.

“Sewaktu konsert di Singapura baru-baru ini, saya terlalu penat sehingga berdepan masalah tekak.

“Ia gara-gara saya masih menerima tawaran nyanyian sebelum ini. Justeru itu, kali ini saya nak fokus pada sesi latihan konsert Nurkasih.

“Saya tak nak terlalu letih dan elakkan terlalu kerap berada dalam bilik yang berhawa dingin,” ujarnya.

Konsert itu dijadual berlangsung di Zepp Kuala Lumpur, pada 6 Ogos ini.

Selain Zamani, konsert tersebut akan turut dijayakan anggota Slam yang lain seperti, Shah (gitaris), Eddie (keyboard), Lili (bes) dan Man (dram).


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This