SEORANG lelaki maut selepas kereta yang dinaiki dihempap sebuah kontena tanpa kepala lori di Jalan Datuk Yusof Shahbudin 29A, Taman Sentosa Klang pada petang tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 4.46 petang.
Beliau berkata, sepasukan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang dikerahkan ke lokasi kejadian.
Katanya, kontena itu sedang mengisi muatan barang sebelum berlaku pelanggaran dengan kereta Perodua Kancil yang dipandu oleh mangsa.
“Mangsa seorang lelaki Cina berusia 40-an telah tersepit di bawah lori akibat perlanggaran itu,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelasnya, mangsa berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba dalam masa 10 minit sebelum disahkan maut di lokasi kejadian.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

