Bagi penggemar sajian burger, restoran Drivers Lounge Cafe yang terletak di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, Selangor adalah restoran yang harus anda kunjungi.

Restoran yang diusahawan oleh tiga sahabat iaitu Mohd Fadhli Syazni Esraruddin, Mohammad Muttaqi dan Chua Chia Hao ini menawarkan hidangan burger gourmet sebagai menu utama.

Apa yang menariknya, restoran ini mengetengahkan konsep ‘garage cafe’ iaitu restoran dan kedai aksesori kereta dibawah satu bumbung.

Menurut Fadhli, salah seorang pengasas Drivers Lounge Cafe, konsep tersebut dipilih kerana minat mereka terhadap dunia permotoran dan juga makanan.

“Selain menikmati hidangan di Drivers Lounge Cafe, pelanggan juga dapat membeli peralatan aksesori kereta yang ada disini.

“Di Drivers Lounge Cafe, kepakaran kami adalah burger yang dihasilkan sendiri menggunakan bahan-bahan berkualiti,” ujarnya ketika ditemui di premis perniagaannya baru-baru ini.

Jadi, buat anda yang ingin merasai hidangan burger yang disediakan restoran Drivers Lounge Cafe boleh kunjungi restoran yang dibuka setiap hari kecuali Isnin bermula 6 petang hingga 11 malam. Pasti anda tidak akan kecewa.

Drivers Lounge Cafe
Alamat: D-G-9 Jalan 3/38A, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, Selangor