Kedua-dua pihak telah menyelesaikan perselisihan faham dengan baik dan tidak mahu memanjangkan insiden itu.

POLIS mengesahkan telah menerima dua laporan berhubung kejadian perselisihan faham membabitkan dua lelaki yang tular di laman Facebook sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan daripada dua lelaki yang terlibat pada pukul 5.49 petang semalam.

Beliau berkata, siasatan mendapati kejadian berpunca daripada pintu kereta yang dibuka telah terkena pada pintu kereta yang berada bersebelahan.

“Disebabkan kejadian ini berlaku pertelingkahan mulut antara kedua-dua pihak.

“Bagaimanapun tiada kerosakan dan kecederaan yang dialami,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, kedua-dua pihak juga telah menyelesaikan perselisihan faham dengan baik dan tidak mahu memanjangkan insiden itu.

Mohamad Fakhrudin berkata, masyarakat dinasihatkan untuk tidak menyalahguna media sosial dengan penyebaran berita palsu sehingga boleh menggugat ketenteraman awam.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram