Polis berjaya tahan lelaki lari bersembunyi selepas bakar isteri

Dari Penulis

LELAKI yang dipercayai melarikan diri selepas membakar isterinya dalam kejadian di rumah mereka di kawasan perumahan ladang kelapa sawit di Tasek Gelugor, pada Isnin berjaya ditahan polis di Nibong Tebal, Kepala Batas hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Mohd Asri Shafie berkata lelaki berusia 36 tahun itu ditahan kira-kira 1 tengah hari di sebuah rumah di Nibong Tebal dipercayai bersembunyi di situ.

“Hasil risikan dan intipan yang dijalankan, polis berjaya mengesan suspek tersebut di sebuah rumah sebelum menahannya untuk siasatan lanjut. Lelaki itu akan dibawa ke mahkamah esok untuk perintah reman,” katanya di Kepala Batas hari ini.

Katanya ketika ini keadaan mangsa berusia 35 tahun itu yang dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Pulau Pinang masih kritikal iaitu 80/20.

Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

BERITA BERKAITAN Warga emas maut, motosikal terbakar dalam kemalangan di Mukah

Difahamkan suspek lelaki yang mempunyai empat rekod lampau termasuk pernah mencederakan isterinya bersembunyi di rumah abangnya ketika ditahan polis.

Dalam kejadian kira-kira 9.30 malam itu, wanita tersebut melecur tahap tiga dipercayai dibakar suaminya menggunakan petrol, dalam kejadian perselisihan faham di rumah mereka.

Pihak polis menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 10.45 malam daripada jiran mangsa, sebelum sepasukan polis terus ke lokasi, namun mangsa telah dihantar ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk rawatan kerana melecur lebih 27 peratus.

Siasatan awal mendapati pasangan suami isteri yang bekerja di ladang kelapa sawit itu, mempunyai empat orang anak berusia 10 hingga 13 tahun dan semasa kejadian, anak-anak mereka berada di rumah yang disediakan majikan mereka di ladang tersebut.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This