Hajat Aishahanim tertunai dengan penganjuran One Night Only hujung minggu lalu

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

SEDEKAD mewarnai dunia seni, dua kembar, AishaHanim meraikan lembaran sejarah tersebut menerusi penganjuran Mini Konsert One Night With Aishahanim yang berlangsung dengan jayanya pada 13 Ogos lalu di Mutiara Ballroom, Hotel Royale Chulan Damansara.

Konsert yang mendapat tajaan daripada Roxro dan Wyn Wyn Event berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran 500 tetamu yang masing-masing tampil dengan elegan bertemakan Black Tie, Black and Gold.

Duo kembar Aishahanim membuka pentas One Night Only Aishahanim dengan persembahan bertenaga menerusi lagu-lagu nyanyian semula Anggapanmu/ Robek Hatiku (Hanim), Akhirnya Kini Pasti/ Oh Teruna (Aisha) dan berduet lagu My Way.

Segmen pertama dibuka dengan penuh nostalgia kerana karya-karya yang dipilih merupakan lagu yang pernah dibawakan kedua-dua penyanyi itu dalam pelbagai pertandingan nyanyian sebelum ini.

Hanim sebelum ini pernah menyertai Bintang RTM 2001 dan Aisha pula pernah menjuarai pertandingan realiti, Girl Are Ready NTV7 (2001).

Segmen kedua pula menyaksikan duo kembar tersebut menyanyikan lagu-lagu mereka yang banyak dipilih menjadi runut bunyi bagi drama-drama popular antaranya Syurga Nur, Bukan Gadis Biasa, Nikah Cerai Rujuk, Tabir Zulaikha dan banyak lagi.

Antara lagu yang dinyanyikan mereka adalah Dua Muka, Angkara, Tinggalan Cinta, Benar Cinta dan Mata Kunci Cinta.
Bagi segmen ketiga, Aishahanim memilih untuk menyanyikan lagu-lagu permintaan peminat antaranya I’m Alive, Pantun Janda, Kau Pergi Tanpa Pesan, Ini Rindu, I Will Survive dan I Hate Myself For Loving You.

Malah mereka turut menyanyikan lagu berbahasa Cina, Yue Liang Dai Biao Wo De Xin yang dipersembahkan sebagai kejutan kepada tetamu kaum Cina yang hadir.

Menurut Aishahanim, mereka bersyukur apabila konsert tersebut berlangsung dengan jayanya dan tetamu yang dapat turut berhibur dengan rangkaian lagu-lagu yang dinyanyikan mereka.

Mereka juga menganggap konsert tersebut sebagai hadiah dan penghargaan kepada semua pihak yang selama ini tidak putus-putus memberi sokongan sepanjang 10 tahun dalam industri.

“Kehadiran kami bukanlah untuk mencipta ruang persaingan sebaliknya untuk menambah warna dalam industri seni tanah air. Perancangan kami selepas ini adalah untuk menghasilkan album dan mungkin ada konsert lain selepas ini.

“Semoga semua yang hadir terhibur dan berpuas hati dengan persembahan kami. Tanpa keluarga, sahabat, rakan media dan peminat, kami tidak akan dapat bertahan untuk 10 tahun lamanya,” ujar mereka.

Konsert tersebut dihadiri oleh tetamu terhormat, Yang Amat Mulia Tengku Laksamana Selangor, Yang Amat Mulia Tengku Sulaiman Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dan juga Yang Berbahagia, Tan Sri Noh Omar.

One Night Only Aishahanim yang berlangsung selama dua jam itu juga menyaksikan kehadiran rakan-rakan artis, keluarga, rakan media dan peminat yang selama ini memberi sokongan kepada duo kembar tersebut.

Malah duo kembar itu turut menyantuni mereka yang kurang bernasib baik apabila menjemput persatuan Orang Kurang Upaya (OKU) untuk sama-sama berhibur dalam konsert itu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Setahun derita autoimun hingga berat badan ceah 46kg, Andi Bernadee akhirnya buka mulut punca ‘sembunyi’ diri

TEKA-TEKI mengenai imej misteri penyanyi dan pelakon popular, Andi Bernadee yang dilihat 'berselubung' setiap kali berada di ruang awam...

More Articles Like This