Anwar nasihat Muhyiddin, tumpu kes mahkamah

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin agar memberi tumpuan kepada kes-kes mahkamah yang dihadapinya berbanding mendesak pihak lain meletak jawatan.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) turut menegaskan bahawa Kerajaan Perpaduan masih mempunyai dua pertiga majoriti ahli Parlimen selain status quo dikekalkan dalam pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos lalu.

“Kita kekal dengan kemenangan tiga negeri, kita masih dapat dua pertiga majoriti ahli Parlimen. Dia (Muhyiddin) fikirkan apa? Saya nasihatkan dia tumpu kes mahkamah,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Baca juga: Muhyiddin saran Anwar, Zahid letak jawatan

Terdahulu, Muhyiddin telah menyarankan Anwar serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk melepaskan jawatan masing-masing setelah memperoleh kemenangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang besar dalam PRN baru-baru ini.

Muhyiddin berkata, langkah itu perlu dilakukan Anwar dan Ahmad Zahid memandangkan keputusan PRN tersebut menunjukkan rakyat memberi isyarat menolak Kerajaan Perpaduan.

Mengulas mengenai hubungan Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran pembangkang, Anwar menegaskan perkara itu perlu dilihat dari sudut sikap pemimpin PN sekiranya mahu bekerjasama.

“Terserah kepada sikap mereka (pembangkang)… jika mereka mahu kerjasama… saya akan ikut kaedahnya, bukan saja dari segi kenyataan begitu juga tindakan.

“Saya nak pastikan semangat tatakelola itu betul. Mahu wang untuk orang miskin bagi dekat orang miskin, jangan dialihkan ke lain… saya akan tegas bab ini,” ujarnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dakwaan kerajaan mungkir janji pengecualian cukai Yayasan TARC tidak benar

DAKWAAN kononnya kerajaan memungkiri janji berhubung pengecualian cukai bagi Yayasan Pendidikan TARC disifatkan tidak benar. Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataan...

More Articles Like This