PIHAK Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) menegaskan bahawa pengendalian dron di kawasan terlibat penutupan ruang udara dalam Kuala Lumpur Terminal Control Area (TMA) sebelum dan pada Hari Kebangsaan adalah dilarang.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Datuk Kapten Norazman Mahmud, larangan itu bagi memastikan sebarang kejadian tidak diingini berlaku terutamanya membabitkan keselamatan orang awam serta pesawat-pesawat yang sedang beroperasi.
“Pengunaan dron tanpa kelulusan dikuatiri akan mengganggu latihan dan pertunjukan udara, sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 di Putrajaya pada 31 Ogos.
“Aktiviti penguatkuasaan akan dilaksanakan oleh CAAM dan Unit Dron Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memantau sebarang operasi dron tanpa kebenaran,” katanya dalam kenyataan.
Baca juga: CAAM larang penerbangan dron tanpa kelulusan di kawasan tumpuan ramai
Norazman menambah, sebarang aktiviti penerbangan termasuk pengendalian aktiviti dron yang boleh mengundang bahaya kepada orang awam dan harta benda, adalah tertakluk di bawah Seksyen 4 Akta Penerbangan Awam 1969 ( Akta 3); Peraturan 98, Peraturan 140-144, Peraturan Penerbangan Awam Malaysia 2016 dan Arahan Penerbangan Awam (CADs).
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

