MKM Ticketing tawar daftar umrah serendah RM50

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MKM Ticketing Travel & Tours Sdn Bhd menawarkan pendaftaran pakej umrah serendah RM50 sempena MATTA FAIR 2023 mulai 1 hingga 3 September ini.

Tawaran itu dibuat atas dasar penyertaan syarikat pelancongan dan pengendali umrah serta haji itu dalam karnival pelancongan terbesar negara hingga Ahad ini.

MKM Ticketing dalam kenyataan memaklumkan, pelbagai diskaun dan promosi pakej umrah ditawarkan sempena penganjuran acara di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) itu.

Menurut MKM Ticketing, selain deposit umrah serendah RM50, syarikat itu turut menawarkan diskaun sehingga RM600 seorang.

“Tawaran tempahan yang rendah ini bertujuan mengurangkan bebanan kewangan kepada bakal jemaah untuk menjadi tetamu Allah SWT ketika terdapat peningkatan kos dalam kehidupan harian mereka.

“MKM menawarkan pelbagai tarikh penerbangan bagi memudahkan jemaah membuat pilihan yang sesuai dengan jadual dan keutamaan masing-masing.

“Selain itu, pihak syarikat juga menjamin ketersediaan tiket penerbangan dan hotel penginapan di Tanah Suci,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Mudahnya cara Rasulullah s.a.w. menunaikan haji dan umrah

Sempena MATTA FAIR 2023, MKM turut mengadakan cabutan bertuah termasuk pengurangan harga dan nilai tambah kepada pakej umrah pelanggan.

Pengunjung yang hadir ke reruai MKM Ticketing juga berpeluang mendapat hadiah percuma cawan edisi istimewa dan e-buku percuma yang mengandungi 40 soalan serta jawapan komprehensif berkaitan ibadah haji untuk dijadikan panduan.

Sementara itu, Pengarah MKM Ticketing, Abd Hadi Raman memaklumkan, pihaknya teruja pertama kali menyertai MATTA FAIR 2023 dan mengalu-alukan umat Islam di negara ini untuk memilih pakej lengkap yang ditawarkan termasuk rawatan perubatan dan kecemasan tanpa tunai Al Khairi Care bagi melaksanakan perjalanan ibadah umrah.

“Di reruai kami, pengunjung bukan hanya menikmati diskaun yang menarik tetapi juga persekitaran yang mesra dan berinformasi untuk mengetahui lebih lanjut tentang pakej-pakej yang ditawarkan,” katanya.

MKM Ticketing yang berpengalaman luas lebih 10 tahun dalam mengendalikan ibadah umrah dan haji sudah menerbangkan hampir 50,000 jemaah rakyat Malaysia.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Puad Zarkashi umum keluar parti, dakwa UMNO Johor ‘dikawal istana’

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengumumkan keluar parti itu serta-merta. Dakwa beliau, alasan utama...

More Articles Like This