Anwar sertai dua sesi khas pada Sidang Kemuncak Asia Ke-10 di Singapura

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyertai dua sesi khas pada Sidang Kemuncak Asia ke-10 Milken Institute di Singapura, hari ini yang akan disertai pemimpin-pemimpin industri global dan syarikat-syarikat pelaburan.

Wisma Putra dalam kenyataan memaklumkan, dua sesi khas berkenaan ialah A Conversation with the Prime Minister of Malaysia dan Malaysia’s Investment Outlook: A Conversation between YAB Prime Minister and Global Investors.

Penyertaan itu adalah sebahagian daripada rangka lawatan kerja Perdana Menteri ke Singapura hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan akan diiringi isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Turut sama, Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz serta pegawai daripada kementerian dan agensi yang berkaitan.

Baca juga: Anwar terima kunjungan Rajnikanth

Di samping itu, Perdana Menteri turut dijadualkan bertemu dengan rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong dalam satu sesi minum petang dan kedua-dua pemimpin dijangka bertukar-tukar pandangan berhubung perkembangan domestik dan antarabangsa.

Pada 2022, Singapura merupakan rakan dagang dunia kedua terbesar Malaysia dengan perdagangan mencecah RM390.4 bilion (US$83.53 bilion) yang merangkumi 12.9 peratus daripada jumlah keseluruhan perdagangan Malaysia.

Ia merupakan peningkatan sebanyak 29.4 peratus berbanding jumlah dagangan pada tempoh yang sama bagi 2021 iaitu RM301.7 bilion (US$64.55 bilion).

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Nafuzi Zain kembali kendali Terengganu FC

BEKAS jurulatih bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan, Mohd Nafuzi Mohd Zain atau Nafuzi Zain kembali semula menerajui Terengganu FC...

More Articles Like This