2 penunggang motosikal maut dirempuh treler dalam kemalangan 12 kenderaan

Dari Penulis

POLIS mengesahkan dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan membabitkan 12 kenderaan di Kilometer 5.7, Jalan Persiaran Utara berhampiran susur Persiaran Timur, 10.14 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A.Asmadi Abdul Aziz berkata, kemalangan itu melibatkan enam buah kereta, tiga buah motosikal, sebuah motosikal polis dan dua lori.

“Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup, semua kenderaan didapati sedang berhenti di barisan sebelum sebuah lori treler datang dari arah belakang.

“Lori terbabit dilihat mengubah haluan lorong dari tengah ke kiri sebelum merempuh kenderaan yang berada di hadapan,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, dua lelaki disahkan maut di lokasi kejadian oleh paramedik.

Sementara mangsa yang lain terlibat sedang menerima rawatan di Hospital Putrajaya dan Hospital Serdang.

“Pemandu lori akan ditahan bagi ujian saringan air kencing dan siasatan lanjut,” ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

MCA bidas Nga Kor Ming kaitkan Najib dengan PRN Johor

MCA menyifatkan tindakan Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming mengaitkan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan hukuman penjara...

More Articles Like This