POLIS menafikan dakwaan dua anggota unit peronda menerima wang daripada orang awam di sebuah kawasan perindustrian dekat Kulai pada 3 September lau.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, sebaliknya siasatan mendapati anggota terbabit hanya menerima kotak minuman yang diberikan oleh pemilik kilang.
Beliau berkata, kejadian berlaku ketika anggota terbabit sedang membuat rondaan sebelum berhenti di hadapan sebuah kilang.
“Anggota peronda mendapati orang ramai berkumpul di hadapan premis dan bertanyakan jika terdapat sebarang masalah berlaku.
“Orang ramai yang berada di lokasi kemudian memaklumkan sedang mengadakan upacara sembahyang hantu sempena Perayaan Hantu Lapar,” katanya memetik laporan Sinar Harian.
Jelasnya, tindakan anggota peronda yang tidak keluar dari kenderaan telah menimbulkan persoalan apabila pemilik kilang keluar dan dilihat memberikan sesuatu.
Katanya, kertas siasatan dibuka selepas laporan polis dibuat oleh dua anggota peronda dan lelaki di dalam video yang juga pemilik kilang tersebut pada Rabu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

