Polis minta MCMC, CSM jejak sumber e-mel ancaman bom di Bank Negara

Dari Penulis

Polis akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Cyber Security Malaysia (CSM) bagi menjejak sumber e-mel berhubung ancaman bom di Bank Negara Malaysia (BNM), semalam. 

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata siasatan berhubung ancaman itu dibuat susulan satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan bagi mengenal pasti pelaku.

Beliau berkata buat masa ini, polis belum mengenal pasti individu yang menghantar e-mel berkenaan.

“Oleh itu, kami akan minta MCMC dan CSM untuk jejak sumber e-mel berkenaan,” katanya pada sidang media Op Hormat Undang-Undang Jalan Raya Polis Kuala Lumpur Fasa 2 di sini hari ini. 

Semalam, kakitangan BNM menerima satu e-mel mengenai ancaman bom pada 3 petang, namun pemeriksaan hampir dua jam oleh Unit Pemusnah Bom Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan ancaman tersebut tidak benar dan pusat kewangan negara itu disahkan selamat. 

Sementara itu, Allaudeen berkata setakat ini polis selesai merakam keterangan 27 individu bagi membantu siasatan berhubung penganjuran perhimpunan tanpa permit di ibu negara pada Sabtu lepas. 

Beliau berkata buat masa ini berbaki dua lagi individu yang belum tampil daripada keseluruhan 29 yang telah dikenal pasti untuk dirakam percakapan walaupun tarikh akhir untuk berbuat demikian telah ditetapkan hingga semalam.

“Dua individu berkenaan diharap dapat tampil kalau tidak kita akan keluarkan notis mengikut Seksyen 111 Kanun Tatacara Jenayah hari ini juga. Itu jalan terakhir kita untuk selesaikan siasatan sebelum rujuk Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut,” katanya.

Pada 16 Sept, seramai 850 peserta hadir di perhimpunan anjuran Pemuda Perikatan Nasional (PN) yang telah disahkan polis sebagai tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana gagal mengemukakan permohonan lengkap mengikut keperluan Jadual 4 dalam Seksyen 10 akta berkenaan.

— BERNAM

Thursday , 21 September 2023

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dakwaan kerajaan mungkir janji pengecualian cukai Yayasan TARC tidak benar

DAKWAAN kononnya kerajaan memungkiri janji berhubung pengecualian cukai bagi Yayasan Pendidikan TARC disifatkan tidak benar. Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataan...

More Articles Like This