EVERGREEN Max Cash Capital Berhad atau lebih dikenali sebagai Kumpulan EMCC melakar sejarah menerusi penyenaraiannya di Pasaran ACE, Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Securities).
Kumpulan EMCC dalam kenyataan memberitahu, saham tersebut dikategorikan di bawah sektor Perkhidmatan Kewangan menggunakan singkatan nama EMCC dengan kod saham 0286.
Jelasnya, saham EMCC dibuka pada harga 32 sen, yang merupakan premium 33.3 peratus berbanding harga terbitan 24 sen, dengan jumlah dagangan permulaan 37,702,700 saham.
Pengarah Eksekutif dan Urusan Kumpulan EMCC, Datuk Low Kok Chuan berkata, hari ini merupakan waktu penting dan menarik dalam perjalanan syarikat korporat tersebut.
Katanya, menjadi syarikat tersenarai menandakan permulaan baharu dan meningkatkan keterlihatan jenama EMCC dalam kalangan pelanggan.
Katanya lagi, Mercury Securities Sdn Bhd merupakan penasihat utama, penaja, penaja jamin dan ejen penempatan untuk penyenaraian ini.
“Dengan dana dari penyenaraian ini, kami berada di kedudukan yang meyakinkan untuk melaksanakan rancangan pengembangan kami.
“Ini termasuk meningkatkan modal tunai kedai pajak gadai ‘Pajaking’ sedia ada sebanyak RM30 juta serta menambah bilangan kedai pajak gadai ‘Pajaking’ di masa terdekat.
“Kami yakin industri pajak gadai akan terus berkembang dan kekal sebagai pilihan utama pembiayaan jangka pendek terutamanya di kalangan penduduk yang tidak mempunyai akses kepada perkhidmatan perbankan,” katanya, hari ini.
Baca artikel lain: Sultan Nazrin berangkat sempurnakan pembukaan Persidangan IPMHE 2023
Kumpulan EMCC merupakan syarikat penyedia perkhidmatan pajak gadai serta peruncit, perniagaan emas dan produk mewah.
Menurut kenyataan itu lagi, berdasarkan keputusan kewangan EMCC untuk enam bulan pertama yang berakhir 31 Disember 2023 (1H2023), kumpulan mencatatkan keuntungan bersih RM7.2 juta dengan pendapatan RM52 juta.
Angka ini merupakan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 23 peratus dan 72 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.
Peningkatan prestasi kewangan ini disumbangkan terutamanya oleh pemberian pinjaman pajak gadai yang lebih tinggi sebanyak RM29 juta atau 17.3 peratus.
Selain, jualan lebih tinggi bagi barangan emas yang dicagarkan tetapi tidak ditebus daripada perniagaan pajak gadai serta produk emas pra-milik yang diperoleh daripada pajak gadai pihak ketiga yang lain.
“Kumpulan memperoleh dana berjumlah RM64.2 juta daripada tawaran awam permulaan (IPO).
“EMCC memperuntukkan RM20 juta untuk mengembangkan perniagaan pajak gadai dan RM30 juta (46.7 peratus) bagi modal tunai perniagaan pajak gadai.
“Baki RM4 juta (6.2 peratus) dan RM5.6 juta (8.8 peratus) lagi masing-masing diperuntukkan untuk pembayaran balik pinjaman bank dan modal kerja,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram