SEORANG dilaporkan cedera dalam kemalangan melibatkan sembilan buah kenderaan di Kilometer 5.4 Lebuhraya Baru Lembah Klang, Shah Alam, pukul 2.25 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika kesemua kenderaan dalam perjalanan dari Klang ke Kuala Lumpur.
Beliau berkata, sebuah kereta yang berada di lorong kanan telah melanggar belakang sebuah lagi kereta sebelum berlaku perlanggaran dengan kenderaan yang berada di hadapan.
“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kemalangan.
“Seorang telah mengalami cedera ringan dan menerima rawaran di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kes disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Hasrul Suhiami di talian 011-3121 5697.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

