SEBUAH pesawat Beechcraft B 200T milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dekat sini, 1 petang tadi.
Video penuh klik link di bawah
https://t.me/infoutusantv/1201
Bahagian Perhubungan Awam TUDM yang mengesahkan kejadian berkenaan dalam kenyataannya memaklumkan bahawa semua empat anak kapal pesawat itu selamat dan tidak mengalami kecederaan.
Menurutnya kejadian berlaku semasa pesawat dari 16 Skuadron yang berlepas dari Pangkalan Udara Subang pada 11.27 pagi, sedang melaksanakan latihan penerbangan.
“TUDM akan menubuhkan pasukan penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian,” menurut kenyataan itu.
Baca artikel lain: Hantar tentera ke Palestin perlu disepakati negara jiran – PM
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Datuk Norazman Mahmud dalam kenyataan berkata juruterbang pesawat berkenaan telah memaklumkan Menara Kawalan Trafik Udara (ATC) Subang mengenai masalah gear pendaratan dan meminta bantuan untuk mendarat.

“Menara ATC kemudian memaklumkan kepada Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang Subang bagi mengaktifkan Pelan Kecemasan Lapangan Terbang dan menyediakan bantuan kecemasan kepada pesawat semasa mendarat,” katanya.
Beliau berkata pesawat berkenaan dalam proses dialihkan dan landasan lapangan terbang dijangka dibuka semula untuk beroperasi pada 5 petang.
Menurutnya siasatan dilaksanakan mengikut Bahagian XXVI Peraturan Penerbangan Awam 2016.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

