Pemandu lori rempuh kereta penguatkuasa KPDN ketika cuba seleweng diesel

Dari Penulis

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang menahan dua lelaki dan merampas 5,400 liter diesel yang cuba diseleweng dan menahan dua buah lori melibatkan nilai RM52,709 dalam dua serbuan di Juru dan Simpang Ampat, dekat sini semalam.

Pengarahnya S.Jegan berkata kedua-dua pemandu lori warga tempatan berusia 40-an turut ditahan menerusi Ops Tiris yang dijalankan pada 4.45 pagi di Juru dan 7.30 pagi di Simpang Ampat hasil risikan serta intipan pihaknya sejak seminggu lepas.

“Dalam serbuan pertama di Juru, kami menahan sebuah lori merah yang sedang mengisi minyak dalam keadaan mencurigakan dan pemeriksaan awal menemukan enam unit tangki simpanan berkapasiti 1,000 liter yang digunakan untuk mengisi diesel. Terdapat 4,800 liter diesel di dalam kesemua tangki tersebut.

“Dalam serbuan kedua, kami cuba menahan sebuah lori putih sedang mengisi minyak diesel dan sebaik menyedari kehadiran penguat kuasa, pemandu lori berkenaan bertindak agresif melarikan diri dengan merempuh kenderaan KPDN, namun hasil bantuan polis dan Unit Risik KPDN kami berjaya menahan suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau hasil pemeriksaan menemukan tiga tangki minyak diesel berkapasiti 1,000 liter di dalam lori tersebut dan mengandungi 600 liter bahan api tersebut.

Siasatan mendapati kedua-dua suspek dipercayai membeli diesel dari beberapa stesen minyak mengikut harga subsidi sebelum menjual kepada pembeli dengan harga lebih mahal.

Beliau berkata pemeriksaan mendapati dua lori itu telah diubah suai untuk mengisi diesel dalam kuantiti yang banyak dan suspek ditahan untuk siasatan lanjut bagi membantu siasatan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

— BERNAMA

Monday , 23 October 2023

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This