Menghimpunkan Converse All Star dari Malaysia, Indonesia, Filipina, Vietnam dan Singapura, ‘Create Next’ bakal gegarkan ‘scene bawah tanah’ dengan wajah yang lebih segar menerusi muzik, seni, fesyen dan sukan.
Mahu terus memperkukuh dan meneroka potensi kreatif anak muda, siri kempen ini bakal membawakan pemuzik, penari, skater, artis visual dan cinematografi sebagai inspirasi kepada komuniti Gen Z. Menjadikan Converse sebagai asas pencetus keyakinan diri, kempen ini membuka ruang Gen Z teroka pengalaman unik dalam mencari gaya tersendiri.
Converse All Star, Marcus Chow Li Ming, artis sinematografi dari Singapura akan menghangatkan kempen dengan terbitan produksi di beberapa lokasi ‘hotspot’ Gen Z.

Kolaborasi ini menjadi gabungan Platform Kreatif antara Late night frequency – Band Disco fusion, Artis Visual – Sofia Harun, Camy – Surf Skater, Charmwasabi – Artist Bakeri / Fashionista, Rizkia Laras – Pemuzik (Indonesia), Cito Gakso – Rapper (Indonesia), Calgo – Skater (Indonesia), Nandita Nada – Penari (Indonesia), Shamey – Penari (Indonesia), Pay – Pemuzik & Penari (Vietnam) dan Ken San Jose – Pemuzik & Penari (Filipina).
Mengambil lokasi popular seperti Ibu Kota Kuala Lumpur, Ben Thanh Market di Ho Chi Minh, Poblacion Makati di Manila dan beberapa ‘hotspot’ lepak Gen Z, kreativiti Converse All Star setiap negara direpresentasi menerusi gaya unik dan tersendiri. Video berdurasi 60 saat ini boleh ditonton di laman Youtube dan media sosial Converse.

