Buku ‘Anwar Triumphs’ nukil kisah suka duka Anwar Ibrahim

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menerajui Kerajaan Perpaduan meluncurkan sebuah buku bertajuk ‘Anwar Triumphs’ hari ini.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, buku tersebut menukilkan kisah suka dan duka beliau dari era mahasiswa sehingga kini.

Jelas beliau, buku tersebut merupakan karya terbaharu peguam jenayah terkemuka Australia, Mark Trowell.

“Naskhah itu adalah karya terkini peguam jenayah terkemuka Australia, Mark Trowell, seraya turut hadir sahabat politik dan tetamu yang lain.

“Buku itu turut memetakan babak pengkhianatan politik dalam sejarah negara dan era reformasi, serta kejatuhan dramatik gabungan Pakatan Harapan (PH), selain gejolak politik yang menyusulinya dek kerana ketamakan dan kerakusan pihak tertentu.

“Moga fakta dan babak di dalam buku ini ditelaah dan diwacanakan dengan baik dan sihat,” katanya menerusi perkongsian di media sosial hari ini.

Baca juga: Kenyataan Anwar ‘diancam’ kritik isu Palestin melucukan – Takiyuddin

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pelajar ditikam di Banting: Fadhlina tinjau lokasi, mohon jangan sebar berita palsu

ORANG ramai diminta tidak menyebarkan berita palsu atau merekayasa fitnah berhubung kejadian seorang pelajar ditikam rakannya dalam kejadian di...

More Articles Like This