Hasil teknologi penyelidikan MARDI giat didokumentasi untuk manfaat masyarakat

Dari Penulis

KESUNGGUHAN Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mendokumenkan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bentuk penerbitan menjadi bukti sumbangan dan kerja kuatnya dalam membangunkan serta meningkatkan sektor pertanian negara.

Timbalan Pengarah Program Penerbitan dan Sumber Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat MARDI, Hazida Syima Hamazah berkata, Penerbit MARDI yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua penemuan serta penyelidikan agensi itu didokumenkan percaya penerbitan berbentuk buku, jurnal, monograf dan sebagainya merupakan saluran utama untuk menyebarkan hasil teknologi dan sekali gus dapat meningkatkan visibiliti MARDI kepada masyarakat khususnya golongan sasar.

“Sejak ditubuhkan pada tahun 1971, penerbit MARDI telah menghasilkan lebih 1000 judul penerbitan yang disasarkan kepada golongan seperti petani, penternak, usahawan, ahli akademik, pelajar, agensi pengembangan dan masyarakat umum keseluruhannya.

“Daripada jumlah itu, kini terdapat lebih 200 penerbitan yang sedang popular dan aktif dijual seperti buku berjudul Inovasi Pertanian Bandar, Spesies Tumbuhan Herba dan Rempah Ratus, Buku Poket Tanaman dan Ternakan, Manual Teknologi Lembu KK Elite dan Teknologi Durian MARDI.

“Selain itu, pihak kami juga akan terbitkan beberapa buku baharu dalam masa terdekat seperti Koleksi Varieti Padi, Koleksi Baka Ruminan dan Kebuniti yang menawarkan solusi dan maklumat yang berguna kepada masyarakat hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Hazida Syima, penerbitan MARDI terdiri daripada penerbitan berkala dan tidak berkala yang diterbitkan secara in-house bermula dari penerimaan manuskrip/penulisan daripada penyelidik, penyuntingan dari segi bahasa dan format, reka grafik sentuhan daripada pereka grafik MARDI, percetakan seterusnya kepada pemasaran/jualan penerbitan.

“Penerbitan berkala merupakan penerbitan bersiri seperti jurnal, buletin dan majalah perlu diterbitkan secara tahunan. Penerbitan seperti Journal of Tropical Agriculture and Food Science, Buletin Teknologi MARDI dan Economic Technology Management Review boleh diakses dan dimuat turun tanpa apa-apa bayaran dikenakan.

“MARDI juga menerbitkan majalah Agromedia khusus untuk memaparkan artikel berkaitan pertanian bagi bacaan umum, jadi ia bukan sahaja boleh dibaca atau djadikan rujukan oleh golongan sasar, malah orang awam sendiri boleh baca majalah ini untuk menambah ilmu pengetahuan khususnya dalam bidang pertanian.

“Sementara itu, penerbitan tidak berkala MARDI terdiri daripada buku, manual teknologi dan siri panduan usahawan seperti buku panduan penanaman, buku ilmiah dan buku bacaan umum yang boleh dijadikan panduan kepada golongan sasar dalam menceburkan diri dan meningkatkan hasil pertanian mereka,” jelasnya.

Beliau menambah, semua penerbitan MARDI boleh didapati di kedai buku di Ibu pejabat MARDI Serdang dan beberapa stesen MARDI di seluruh Malaysia.

“Kami juga berkerjasama dengan beberapa penerbit komersial dalam memasarkan buku-buku MARDI selain aktif menyertai jualan buku di pesta buku dan pameran luar khusus yang berkaitan dengan pertanian.

Baca artikel lain: PM Belanda Mark Rutte tiba untuk lawatan kerja dua hari ke Malaysia

Hazida Syima menjelaskan, Penerbit MARDI turut memasarkan buku melalui platform secara atas talian bagi memenuhi keperluan masyarakat hari ini yang mencari maklumat tanpa batasan sempadan dan waktu.

“Bagi memenuhi keperluan digital, penerbitan MARDI boleh didapati melalui ebookshop.mardi.gov.my, namun kami juga sediakan pilihan kepada pembaca yang berminat untuk dapatkan buku secara bercetak, kami akan pos buku tersebut manakala bagi pembaca yang hendak membeli buku digital, pembaca boleh muat turun buku digital tersebut dan baca melalui peranti mudah alih anda” tambahnya.

Selain jualan tambah beliau, Penerbit MARDI juga menyediakan perkhidmatan pinjaman buku kepada para pembaca melalui perpustakaan digital MARDI.

“Mereka yang berminat perlu jadi ahli perpustakaan digital terlebih dahulu sebelum meminjam buku dengan mendaftar melalui online di laman mardi.elib.com.my.

“Lebih 100 judul buku yang boleh dipinjam oleh orang di luar sana kerana koleksi perpustakaan digital MARDI bukan sahaja terdiri daripada buku MARDI, malah terdapat juga buku-buku pertanian yang kami langgan dari penerbit lain seperti penerbit universitI dan lain-lain,” jelasnya.

Beliau berharap Penerbit MARDI dapat meningkatkan lagi kerjasama dengan penerbit-penerbit komersial, perpustakaan seluruh Malaysia, universiti dan sekolah-sekolah supaya maklumat hasil R&D pertanian MARDI ini akan tersebar luas bukan sahaja tertumpu kepada golongan sasar, malah kepada segenap lapisan masyarakat.

“Melalui kerjasama itu nanti, kami berharap dapat meneroka peluang-peluang baharu serta dapat membantu menyebarluaskan maklumat hasil penyelidikan seluas-luasnya kepada para pengguna di samping dapat memastikan bahan yang diterbitkan bertepatan dengan kehendak pengguna dan bernilai komersial,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Bersatu dukacita dengan Pas tetapi tetap kekal dalam PN

BERSATU melahirkan rasa dukacita dengan Pas yang mengumumkan memberhentikan kerjasama politik dengan parti itu. Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin...

More Articles Like This