Malam Gala Amal Runway Fesyen Warisan Malaysia, pamer bakat anak-anak Sindrom Down

Dari Penulis

Bersesuaian dengan slogan Sindrom Down tahun ini ‘With Us Not For Us’ (Bersama Kami Bukan Untuk Kami), acara Malam Gala Amal Runway Fesyen Warisan Malaysia telah dijayakan bagi menyantuni golongan anak-anak kelainan upaya itu.

Berlangsung di CNICC, Menara PGRM, Kuala Lumpur pada 4 November lalu, seramai 49 golongan kanak-kanak Sindrom Down berjalan di atas pentas memperagakan pelbagai busana daripada tujuh pereka tempatan. Antaranya Nana Bridal, CollarKL, AdoreKids, Anak Jantan, Rahsia dan Khatam. Anak-anak istimewa ini turut diiringi oleh para model dari MF Academy.

Anak-anak Sindrom Down yang terlibat dalam peragaan fesyen.

Dianjurkan oleh Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Sindrom Down (PPDKSD), program ‘An Evening of Truly Malaysia Festival Charity Gala Dinner Fashion Runway’ ini merupakan salah satu inisiatif bukan saja dalam mengumpul dana, tetapi juga memberi kesedaran terhadap golongan kanak-kanak berkeperluan khas ini.

“Festival ini bukan sekadar untuk mengutip dana yang akan digunakan untuk membiayai aktiviti dan latihan untuk anak-anak istimewa ini menerusi pelbagai program, tetapi juga untuk mengenengahkan bakat anak-anak istimewa ini selain memberi ilmu dan kesedaran kepada masyarakat di luar sana, khususnya untuk golongan ibu bapa yang mempunyai anak istimewa.

“Objektif utama kami adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang golongan OKU ini dan organisasi yang boleh membantu menguruskan mereka, termasuk memberi latihan dan pendidikan khas kepada komuniti ini.

“Persatuan di bawah pertubuhan ini akan membantu ibu bapa yang mempunyai anak-anak istimewa terutama Sindrom Down. Ibu bapa terbuka untuk datang kepada kami untuk mendapatkan maklumat dan kaunseling serta belajar bagaimana mereka nak bantu anak istimewa ini di rumah. Ramai yang tidak tahu kita ada sediakan khidmat begini,” ujar Puan Hanizan Hussin, pengerusi PPDKSD.

Puan Hanizan (dua dari kiri), pengerusi PPDKSD bersama para jemputan dan penceramah.

Melalui festival ini juga, pelbagai program turut disediakan yang memberi banyak manfaat kepada anak-anak ini untuk meningkatkan keyakinan dan keupayaan diri mereka.

Selain klinik terapuetik dan aktiviti untuk anak-anak Sindrom Down, turut diadakan ceramah tentang keibubapaan berkaitan anak-anak istimewa ini oleh pakar-pakar daripada bidang kesihatan dan ilmuwan.

Acara gemilang adalah waktu malam apabila anak-anak istimewa ini berpeluang berjalan di atas pentas memperagakan koleksi fesyen tradisional bersama model professional yang menggayakan koleksi kasut pereka terkenal tempatan, Nottingheels yang disumbangkan oleh Madam Amy Chiew, yang juga pengeluar produk penjagaan kulit Bloomskin.

Kemuncak acara ialah sesi ‘auction’ di mana rekaan kasut dan pakaian yang diperagakan dilelong dan hasilnya disumbangkan kepada ECEAF (Extra Chromosome Extra Awesome Festival) yang akan digunakan untuk kebajikan pertubuhan golongan Sindrom Down.

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan oleh Ayu Damit, Zahid AF2, Jessica Loo dan Alif Kadim.

Anak-anak Sindrom Down berjalan di pentas memperagakan busana bersama model-model dari MF Academy.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sushi King perkenal pengalaman yakiniku pertama seluruh Malaysia

SUSHI King kini memperluas pengalaman menjamu seleranya menerusi pelancaran pengalaman Yakiniku Sushi King serba baharu di semua cawangan seluruh...

More Articles Like This