Tiga termasuk seorang warga emas terselamat insiden tanah runtuh di Ipoh

Dari Penulis

SEORANG wanita warga emas antara tiga individu terselamat dalam insiden tanah runtuh di Kampung Dato Ahmad Said Tambahan Baru 1, Manjoi dekat Ipoh petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata wanita berusia 73 tahun bersama dua lelaki tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata pihaknya menerima laporan berhubung runtuhan itu pada 4.34 petang, sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru dengan bantuan BBP Pasir Puteh digerakkan dan tiba kira-kira setengah jam kemudian di lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi mendapati tanah runtuh berlaku di tepi rumah lereng bukit yang berkeluasan kira-kira 10×80 kaki persegi.

“Tindakan yang dijalankan oleh anggota BBP Pasir ialah mengosongkan rumah yang terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabarodzi berkata anggota bomba turut mengalihkan sebuah van yang terperangkap dalam runtuhan berkenaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This