Pertama kali, Rahsia Pohon Cemara dihasilkan versi berbeza demi Exists X Orkestra

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

Exists X Orkestra menuju ‘hari besarnya’ pada 22 Disember ini. Teruja dengan konsep orkestra yang pertama kali akan diketengahkan selepas 32 tahun berada dalam belantika muzik Nusantara, Exists siap memberi anugerah istimewa buat peminat.

Keutamaan dipersiapkan dengan rapi oleh Exists bersempena dengan konsert yang dibawakan oleh Persatuan Global Malaysia ini adalah ‘pernikahan’ kugiran yang dianggotai Mamat, Ezad, Ajai, Musa, Ujang dan Along itu dengan konsep orkestra.

Mengakui Exists kini telah melalui lebih 40 peratus persiapan dari segi teknikal dan pengurusan. Besar harapan mereka semua berjalan lancar sehingga Exists X Orkestra terlaksana seperti direncanakan.

Mereka juga berjanji untuk memberi persembahan terbaik dan bersifat malar segar kepada semua. Sementelah proses kolaborasi muzik kugiran dan orkestra bukan sesuatu yang mudah, namun sebagai pemuzik hasil yang diperoleh kelak akan menambah portfolio besar dalam katalog karier Exists.

“Memang tidak begitu mudah menjayakan Exists X Orkestra ini. Tapi kami menikmati dan belajar melalui proses demi proses termasuk menyiapkan semua susunan lagu dari kami sendiri kemudian diserahkan kepada arranger muzik orkestra untuk digabungkan susunan muzik bersama.

“Fasa seterusnya iaitu sesi latihan Exists dan orkestra sangat kami nantikan. Apa yang pasti, gabungan kami akan menghasilkan semua lagu ke tahap yg lebih sedap dan ‘penuh’,” jelas Along mewakili anggota Exists yang lain.

Malah lewat Exists X Orkestra kelak, peminat di Megastar Arena akan menjadi saksi lagu pertama yang dirakam mereka iaitu Rahsia Pohon Cemara dipersembahkan dengan mewah dalam balutan orkestra.

Rahsia Pohon Cemara dihasilkan sepenuhnya oleh LY pada tahun 1991 dan terdapat dalam album pertama berjudul Exist.

“Pada konsert itu nanti Exists akan pertama kali menghasilkan Rahsia Pohon Cemara dalam versi yang berbeza.

“Rahsia Pohon Cemara punya nilai sentimental buat Exists kerana inilah lagu pertama yang kami rakamkan dan termuat dalam album sulung kami. Dan pertama kali di Exists X Orkestra, Rahsia Pohon Cemara dipersembahkan dengan sangat istimewa,” ujar Along lagi.

Pada masa sama, mereka juga bersyukur kerana penjualan tiket Exists X Orkestra memberangsangkan sejak hari pertama dijual.

“Penjualan tiket agak bergerak dengan baik jika dibandingkan dengan konsert sebelum ini. Kami percaya tiket akan terus dibeli peminat menerusi banyak promosi dan bantuan rakan media mewar-warkan mengenainya,” kata Along.

Exists X Orkestra akan menyaksikan kugiran yang berasal dari Johor Bahru ini bergabung dengan sekitar 30 pemuzik orkestra dan mempersembahkan lagu-lagu popular mereka.

Untuk Konsert Exists X Orkestra, tiket dijual pada harga bermula RM568, RM468, RM368, RM268 dan RM168 dan boleh dibeli menerusi laman sesawang www.MyTicket.Asia.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Kalau suara tidak pulih, saya bersedia undur diri…” – Datuk Jamal Abdillah dedah realiti pahit disebalik vokal emasnya

INDUSTRI muzik tanah air mungkin bakal kehilangan permata paling berharga sekiranya Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, mengambil keputusan...

More Articles Like This