DUA wanita termasuk ibu mengandung maut setelah kereta Perodua Bezza dinaiki mereka dipercayai dirempuh sebuah lori tanah di Jalan Kolon, Pokok Sena, hari ini.
Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Aminudin Abd Rahim berkata, mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Romadiah Ismail, 65, dan Nadzifah Abu Seman, 28.
Katanya, kemalangan yang berlaku 9.55 pagi itu turut melibatkan dua lagi kenderaan iaitu kereta Perodua Axia dan trak pikap Toyota Hilux.
Jelasnya, pemandu kereta Perodua Axia, Nur Fathi Rahman, 26, cedera parah manakala dua lagi cedera ringan.
Beliau berkata, tiga pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, Pokok Sena dan Kuala Nerang tiba di lokasi kejadian untuk memberi bantuan.
“Setibanya di lokasi didapati terdapat empat kenderaan iaitu sebuah lori tanah 10 tan, Perodua Bezza, Perodua Axia dan Toyota Hilux terbabit kemalangan.
Baca artikel lain: PRK Kemaman referendum penolakan rakyat terhadap Anwar – Takiyuddin
“Anggota dimaklumkan terdapat tiga mangsa tersepit dalam dua kenderaan dan kesemua mangsa dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas,” katanya seperti dilapor Harian Metro.
Ahmad Aminudin berkata, mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut manakala mereka yang cedera dihantar ke hospital.
“Operasi tamat pada jam 12.07 tengahari,” katanya lagi.
Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk dibedah siasat.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram