PENAMPILAN pelakon dan usahawan Zoey Rahman sentiasa menarik perhatian netizen, tambah pula kini Zoey semakin kelihatan muda daripada usianya dan turut mengakui melakukan perubahan muka memberinya lebih berkeyakinan .
Memetik laporan mStar, Zoey atau nama sebenarnya Mohd Hairey Azhar Abd Rahman, turut tidak terlepas daripada dikecam netizen namun dia enggan ambil pusing kerana dia lakukan perkara tersebut untuk kepuasan dirinya.
Bahkan, pelakon berusia 38 tahun ini juga memaklumkan membuat perubahan di wajah kerana memiliki perniagaan produk kecantikan serta mahu meyakinkan pelanggan.
“Kita kena sentiasa positif dan sentiasa hidup sihat serta jauh daripada orang toksik, orang tak suka abaikan saja, itu dalaman tapi luaran kena la jaga cuci muka sentiasa okay.
“Muka kena jaga malah saya dalam perniagaan kosmetik kalau orang lihat muka berkedut nanti orang tak yakin pula dengan produk kita tu.
“Saya tak peduli dengan apa yang orang nak cakap pasal saya, lagipun saya buat bukan untuk orang lain tapi untuk kepuasan diri, yang penting keluarga saya terima saya seadanya serta rakan-rakan pun okay dan terpulang kalau tak suka pun tak apa,” jelasnya.

