SEORANG murid sekolah lelaki berusia 15 tahun mati lemas selepas bermandi-manda di dalam tasik dekat Jalan SP3, Bandar Saujana Putra, pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada 10.33 pagi.
Beliau berkata, sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Telok Panglima Garang telah dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Bomba tiba di lokasi dan mendapati mangsa seorang lelaki Melayu berusia 15 tahun telah lemas di dalam tasik dengan anggaran lima meter dari kawasan tebing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, mangsa dipercayai lemas ketika bermandi di kawasan tasik tersebut bersama empat orang rakan.
“Mangsa ditemui oleh unit Pasukan Penyelamat di Air pada pukul 1.12 petang pada kedalaman lima meter,” ujarnya.
Mayat telah diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

