WTF 2023: Tan Jie-Ee Wei tewaskan beregu Jepun, hidupkan peluang ke separuh akhir

Dari Penulis

BEREGU campuran utama negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, menghidupkan semula peluang untuk ke separuh akhir selepas bangkit mengejutkan pasangan nombor dua dunia dari Jepun, Yuta Watanabe-Arisa Higashino, dalam perlawanan kedua Kumpulan A Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2023 di Hangzhou, China, hari ini.

Tang Jie-Ee Wei menampilkan semangat juang tinggi untuk menewaskan Watanabe-Higashino, 12-21, 21-16, 21-16 dalam pertarungan 61 minit penuh debaran yang berlangsung di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik Hangzhou.

Kejayaan hari ini merupakan kemenangan pertama bagi beregu nombor lapan dunia itu ke atas Watanabe-Higashino selepas tiga pertemuan iaitu sejak pertembungan pertama mereka pada separuh akhir Terbuka Singapura 2023, Jun lepas.

Tang Jie-Ee Wei bakal meraih tiket separuh akhir pada kejohanan WTF sulung mereka itu, jika gandingan itu berhasil mengatasi beregu nombor enam dunia Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai dari Thailand dalam aksi akhir Kumpulan A esok. 

Berdasarkan rekod, beregu Thailand itu mempunyai kelebihan dengan dua kemenangan daripada tiga perlawanan setakat ini.

Pertemuan awal mereka pada suku akhir Terbuka Malaysia 2023 Januari lepas berakhir dengan kemenangan 21-19, 21-9 Dechapol-Sapsiree.

Semalam, Tang Jie-Ee Wei memulakan kempen kejohanan dengan langkah kiri apabila tewas kepada beregu tuan rumah Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping, 21-10, 21-13.

Dua beregu terbaik daripada setiap kumpulan akan mara ke separuh akhir.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Haaland jadi wira Norway, cipta kejutan singkirkan Brazil 2-1

NORWAY mencipta kejutan terbesar dalam Piala Dunia 2026 setakat ini selepas membenam Brazil 2-1 sekali gus menyingkirkan juara dunia...

More Articles Like This