Mayat kanak-kanak mangsa lemas di Rantau Panjang ditemukan

Dari Penulis

Mangsa kedua kes lemas di Kampung Petai Dusun, Baroh Pial di Rantau Panjang, berjaya ditemukan pada 7 pagi tadi selepas dua hari operasi mencari dan menyelamat dilakukan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Mas Supt Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata mayat Nur Damia Qaisara Mohd Sabre, 11, ditemukan kira-kira dua kilometer dari lokasi mangsa bersama rakannya terjatuh.

“Mayat kanak-kanak itu ditemukan oleh orang awam dan telah dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk proses bedah siasat,” katanya pada sidang media di Pondok Polis Repek hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Nur Damia Qaisara bersama rakannya Siti Aisyah Mazi, 11, terjatuh ke dalam sungai sebelum dibawa arus pada Ahad lepas.

Jenazah Siti Aisyah ditemukan pada hari yang sama

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This