Tiga kes lemas akibat banjir direkod sejak 21 Nov – Polis Kelantan

Dari Penulis

TIGA kes kematian akibat banjir direkodkan dalam tempoh monsun timur laut bermula 21 Nov hingga semalam (25 Dis).

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kes terbabit melibatkan seorang kanak-kanak lelaki di Kubang Kerian, Kota Bharu dan dua kanak-kanak perempuan di Pasir Mas.

“Empat lagi kes kematian adalah mangsa mati lemas dan mati mengejut, bukan akibat banjir,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Muhamad Zaki turut menasihatkan orang ramai agar cakna mengenai keselamatan anak-anak di bawah jagaan masing-masing yang bermain air tanpa pengawasan serta sentiasa berwaspada dan patuh pada arahan dan panduan yang dikeluarkan pihak berkuasa.

Baca juga: Banjir: 18,735 mangsa dipindagkan ke PPS di empat negeri

“Orang ramai juga diingatkan terutamanya golongan remaja bermotosikal untuk tidak pergi ke tempat banjir dan berpesta kerana perbuatan tersebut akan mengundang risiko kemalangan selain mengganggu kelancaran kenderaan petugas sekali gus akan merencatkan kerja menyelamat serta perpindahan mangsa banjir,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kenyataan MB Johor mengenai DAP: ‘Tak perlu mana-mana pihak terlalu melatah’

MANA-MANA pihak diingatkan tidak perlu terlalu melatah atau keterlaluan dalam mengkritik kenyataan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi...

More Articles Like This