Foto duduk atas pelamin dengan lelaki undang teka-teki ramai, Ara Johari kata bukan dia yang bertunanglah!

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

HANYA berkongsi gambarnya sedang duduk bersebelahan dengan seorang lelaki di atas pelamin, ramai menyangka penyanyi Ara Johari kini sudah bergelar tunangan orang.

Sebaliknya, pelantun lagu Bunga itu mengakui gambar tersebut diambil ketika majlis pertunangan adik lelakinya, Muhammad Qayyum Haziq,22, baru-baru ini.

“Bukan saya yang bertunang, tetapi adik saya. Siapa yang mengenali saya, mereka akan tahu gambar siapa yang saya kongsi. 

“Kiranya adik saya langkah bendul. Dalam keluarga, adik saya yang pertama akan berkahwin. Abang saya pun belum kahwin lagi.

“Biarpun umur dia baru 22 tahun, tetapi dia cakap dia dah bersedia untuk mendirikan rumah tangga,” katanya kepada URTV.

Ara ditemui di sidang media konsert Pesta Muzik Kuantan di sebuah hotel di ibu negara.

Dalam pada itu, Ara dengan jujur mengakui terbit rasa janggal apabila adik lelakinya yang terlebih dahulu berkahwin berbanding kakak dan abangnya yang lain.

“Pada mulanya terasa juga bila adik yang terlebih dahulu nak kahwin sebelum saya. 

“Tetapi memandangkan abang saya pun belum berkahwin jadi saya rasa okey sahaja. Sebagai kakak, saya tidak pernah ‘menapis’ siapa wanita yang layak berkahwin dengan adik.

“Apa yang terbaik untuk adik saya, saya terima sahaja. Bakal isteri dia yang ini adalah satu-satunya perempuan yang dia bawa jumpa saya. Kami pun dah pernah keluar makan bersama keluarga. Saya lihat dia betul-betul serius,” kongsinya.

Menjawab soalan nokal media mengenai bilakah dia akan mendirikan rumah tangga, Ara bagaimanapun hanya memberikan jawapan selamat agar semua orang mendoakan jodohnya.

“Saya masih belum ada perancangan nak tamatkan zaman bujang lagi. Apa lagi nak bertunang.

“Harap semua dapatkan doakan yang terbaik untuk saya,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Ara teruja bakal terbabit dengan konsert Pesta Muzik Kuantan yang akan berlangsung pada 24 Februari depan di Kuantan, Pahang.

“Saya rasa gembira dan bertuah dapat terlibat dengan konsert besar seperti ini. 

“Saya dapat pula berkongsi pentas dengan penyanyi-penyanyi hebat seperti Ungu, Khai Bahar, Nabila Razali dan ramai lagi.

“Kalau ikutkan perancangan, saya akan menyanyikan tiga buah lagu. Tapi mungkin saya akan ‘belanja’ lebih bergantung pada keadaan. Saya pentingkan kepuasan,” akhirinya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Selama ini tak pernah terfikir…,” – Iman Troye taruh kreativiti demi showcase solo

PENYANYI, Iman Troye meluahkan rasa teruja bercampur gemuruh apabila namanya dipilih sebagai antara pengisi utama bagi siri persembahan eksklusif,...

More Articles Like This