Fizi Ali mengamuk, bongkar kisah Shakila Khoriri ada teman lelaki lain ketika masih dalam perkahwinan – “Acah-acah suci”

Dari Penulis

KONFLIK yang membabitkan penyampai radio Hot FM, Fizi Ali dan bekas isterinya, pelakon Shakilla Khoriri makin berlarutan dan sehingga kini masih belum nampak jalan penamat.

Selepas lama tidak dapat bertemu dengan anak perempuannya, Fizi atau Mohd Hafizudin Alimudin, 35, seakan sudah hilang sabar dan membongkar perangai sebenar Shakilla kepada umum.

“Bapa dia kau elakkan jumpa. Teman lelaki kau bawa jumpa, siap pimpin tangan anak. 

“Itu kau ‘claim’ single hidup sorang-sorang? Bullshit. Dari sebelum berpisah, kau tak pernah single lah perempuan.

“Ini sebenarnya kau nak kan? Konon-konon depan netizen kau acah-acah suci hidup sorang-sorang besarkan anak. Lepas itu nafikan semua benda,” tulisnya di Instagram story.

Malah, Fizi turut mendakwa bekas keluarga mentuanya turut menerima baik lelaki yang menjadi perkahwinan mereka musnah.

“Keluarga dia siap terima penyondol itu. Kifarah ada. Tak kena dekat diri sendiri nanti kena dekat ahli keluarga sendiri,” katanya.

Fizi dan Shakilla bernikah pada 18 Januari 2018. Mereka bercerai pada Disember 2021.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Ameena Sofia yang kini berusia liima tahun.

Kemudian, Fizi bernikah kali kedua dengan wanita bernama Siti Zulaikha pada 23 Oktober tahun lalu yang merupakan ibu tunggal kepada seorang anak perempuan. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Duit lesap, pengarah ‘ghaib’, Wafariena tak halalkan upah puluhan ribu

PELAKON Wafariena Roslan mendedahkan dirinya masih belum menerima baki bayaran lakonan daripada sebuah syarikat produksi drama walaupun sudah hampir...

More Articles Like This