Tun Dr. Mahathir bersama orang ramai di pintu dua Istana Negara pada Selasa. GAMBAR: Wan Aizzat Jailani

BEKAS Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad turut hadir menyertai orang ramai berhimpun di Pintu Dua Istana Negara, kira-kira pukul 11 pagi tadi.

Kehadiran beliau bagi memberi sokongan kepada wakil gabungan badan bukan kerajaan (NGO) yang menyerahkan memorandum kepada pihak Istana Negara.

Dakwa bekas Perdana Menteri yang paling lama berkhidmat itu, rakyat kini ramai yang sengsara, hinggakan ada yang membunuh diri kerana desakan hidup.

Oleh itu katanya, beliau turut terpanggil untuk menyatakan kebersamaan bersama mereka yang hadir.

“Saya hadir pasal saya juga rakyat Malaysia, dan ini adalah gerakan rakyat jadi saya bersimpati dengan mereka.

“Apa yang disebutkan memang benar-benar sampai orang Melayu bunuh diri, ada yang bunuh ibu bapa kerana mereka kehilangan punca, tertekan.

Baca artikel lain: Dakwa orang India tak setia, polis rakam keterangan Dr Mahathir hari ini

“Sebab itu saya datang menunjuk solidariti saya dengan rakyat,” katanya ketika sidang media di hadapan Pintu Dua Istana Negara, pada Selasa.

Beliau berkata demikian setelah selesai tiga wakil NGO menerima perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menyampaikan memorandum yang mengandungi pelbagai tuntutan melibatkan isu negara.

Kira-kira 1,000 orang hadir dalam Himpunan Selamatkan Tanah Air di hadapan Pintu Dua Istana Negara bagi menunjukkan solidariti.

Semalam, menerusi satu sidang media khas, Tun Dr. Mahathir mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pilihan raya dalam masa terdekat bagi membuktikan sokongan rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram