PAKEJ internet p-hailing Rahmah merupakan langkah prihatin kerajaan yang cakna dengan keperluan dan kebajikan pekerja p-hailing di negara ini.
Pemandu Grab Desmond Sim, 57, berkata akses Internet adalah peralatan wajib bagi menjalankan pekerjaan mereka dan untuk melaksanakan tugasan itu, ia menuntut keperluan data yang besar setiap bulan.
“Inisiatif ini bagus, kami perlukan jumlah data yang besar sebab hari-hari kena menggunakan peta dalam talian semasa bekerja.
“Pelan Internet dulu bukan main mahal tapi kena juga melanggan sebab untuk kegunaan harian,” katanya yang mengambil penumpang di sekitar bandar raya Kuching.
Semalam, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil melancarkan Pakej P-hailing Rahmah iaitu perkhidmatan Internet yang ditawarkan pada harga serendah RM33 dengan pelan data sekurang-kurangnya 40GB.
Baca juga: Kerajaan tak masuk campur kes siasatan individu bergelar Tun – Fahmi
Pakej berkenaan merupakan hasil kerjasama strategik antara syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi melibatkan CelcomDigi, Maxis, Umobile, TM (Unifi Mobile) dan YTL Communication (Yes G5).
Seorang lagi pemandu Grab Mohd Sukardi Rahman, 24, berkata dia tidak teragak-agak untuk menukar pakej Internet dilanggannya sekarang berharga RM70 kepada pakej baharu diperkenalkan itu sebagai langkah penjimatan.
George Alistair, 38, juga bersetuju bahawa pakej diperkenalkan kerajaan itu merupakan langkah penjimatan sesuai untuk golongan penunggang dan pemandu p-hailing memandangkan pendapatan bulanan mereka yang tidak menentu.
“Kerajaan dah bagi, mestilah ambil peluang yang ada. Rugi kalau tidak ambil,” katanya kepada Bernama.
Pemandu dan penunggang p-hailing kini boleh menikmati perkhidmatan Internet yang ditawarkan pada harga serendah RM33 dengan pelan data sekurang-kurangnya 40GB bermula 23 Jan hingga 23 April depan.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram