Mansuhkan pencen wakil rakyat dahulu, bukan sasarkan penjawat awam – Akmal

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KETUA Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh mencadangkan agar Kerajaan Madani memansuhkan pencen wakil rakyat sebelum melaksanakan pemansuhan pencen penjawat awam.

Menerusi perkongsian di media sosial, Dr Muhamad Akmal menegaskan, hal itu memandangkan wakil rakyat sepatutnya tidak mempunyai keistimewaan dan dibezakan dengan rakyat.

Katanya, pemansuhan pencen wakil rakyat juga akan menunjukkan Kerajaan Madani adalah kepimpinan melalui tauladan.

“Kita memahami tekanan kewangan yang sedang ditanggung oleh kerajaan ketika ini. Biarlah pemansuhan skim pencen ini dimulakan oleh wakil-wakil rakyat terlebih dahulu.

“Tidak adil jika kita mansuhkan pencen mereka (penjawat awam), tetapi kita (wakil rakyat) pula menikmati pencen sehingga mati.

“Tiada dua darjat antara wakil rakyat dan rakyat. Mohon cadagan ini diambil kira dan dipersetujui oleh semua wakil rakyat sama ada dari kerajaan mahupun pembangkang,” katanya.

Baca juga: Kerajaan jamin pencen pesara tidak berkurangan – PM

Terdahulu, rancangan melaksanakan skim tidak berpencen kepada penjawat awam baharu itu dimaklumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau memaklumkan perkara demikian pada sidang medianya sempena lawatan kerja beliau ke Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Kajang, petang semalam.

Begitupun, Ahmad Zahid memaklumkan, bagi penjawat awam sedia ada, status berpencen mereka tidak terjejas, sementara penjawat awam baharu itu kelak akan membuat caruman menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

MCA bidas Nga Kor Ming kaitkan Najib dengan PRN Johor

MCA menyifatkan tindakan Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming mengaitkan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan hukuman penjara...

More Articles Like This