AJK masjid, surau disaran pelbagaikan aktiviti tarik kehadiran jemaah

Dari Penulis

AHLI Jawatankuasa masjid dan surau disaran mempelbagaikan lagi aktiviti yang boleh menarik minat umat Islam mengimarahkan rumah ibadat itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar kerajaan sentiasa menyokong dan mengalu-alukan sebarang usaha sedemikian.

“Kita nak wujudkan gelombang (kedatangan ke masjid) yang besar, kita tak nak one-off sahaja, jadi kita kena pelbagaikan (aktiviti) seperti selain solat subuh, ada program lain seperti berjalan kaki.

“Masjid bukan saja tempat solat tapi tempat untuk kebajikan, pendidikan dan pelbagai aktiviti lain, serta kita nak libatkan anak-anak muda dalam program seperti ini supaya masjid akan nampak lebih diimarahkan,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas menghadiri Program ‘Solat Subuh Macam Jumaat’ di Masjid Putra hari ini yang disertai lebih 3,000 jemaah.

Baca artikel lain: Projek pelebaran Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak bermula tahun ini – MB Pahang

Program itu yang diadakan sempena Sambutan Hari Wilayah turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.

Program ‘Solat Subuh Macam Jumaat ‘ itu diimamkan oleh Ustaz Abdul Karim Zakaria manakala tazkirah subuh pula disampaikan Al-Habib Najmuddin Othman Al-Khered.

Usai menunaikan solat subuh, Mohd Na’im dan Dr Zaliha menyertai ribuan peserta dalam program Berjalan Sihat sejauh 2.5 kilometer dari Dataran Putra menuju ke Dataran Putrajaya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This