Zahiril Adzim mahu beri peluang kepada pelakon baharu – “Ini masanya untuk bersinar”

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

17 tahun bergelumang dalam dunia lakonan, pelakon berbakat besar iaitu Zahiril Adzim sudah mula memperlahankan rentak untuk berada di hadapan kamera.

Zahiril atau Muhammad Zahiril Adzim Mohd Mokhtar,40, berkata, saban hari sudah banyak muka baharu lahir dalam industri seni tempatan, justeru dia ingin memberi laluan kepada pelakon baharu untuk memulakan langkah.

“Rasanya dah tiba masanya untuk saya ceburi bidang lain pula. Saya sendiri tak tahu berapa lama lagi mampu bertahan dalam dunia seni.

“Dengan gelombang pelakon baharu lagi…pastinya saya alu-alukan kedatangan mereka untuk mewarnai industri kita,” katanya kepad URTV ketika ditemui pada majlis pratonton filem Waruga: Kutukan Ilmu Hitam di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Ditanya kemungkinan dia bakal berada di belakang tabir, Zahiril bagaimanapun tidak menafikan perkara tersebut.

“Saya ada terfikir untuk berada di belakang tabir. Sebelum ini saya penat tubuh badan mungkin selepas ini saya kena bersedia untuk penatkan fikiran dengan cara kerja di belakang kamera.

“Berbanding berlakon di hadapan kamera, ia banyak gunakan tenaga dan badan cepat penat sebab kena selalu tukar baju selain cuaca panas tak menentu dan banyak lagi perkara,” jelasnya.

Dalam pada itu, Zahiril juga menyambut baik sekiranya ada pelakon baharu yang berminat untuk berguru dengannya demi memantapkan ilmu lakonan.

“Ini masanya untuk pelakon baharu bersinar. Saya mungkin boleh duduk di belakang dan membantu beri tunjuk ajar pada mereka.

“Kalau perlu, saya akan berikan pertolongan selain sokongan mengenai ilmu lakonan seperti mana yang pernah saya dapat ketika awal kemunculan saya sebagai pelakon dahulu,” ungkapnya.

Dalam perkembangan lain, selain Zahiril, filem Waruga: Kutukan Ilmu Hitam arahan Azaromi Ghozali yang bakal ditayangkan pada 15 Februari ini turut menampilkan Datin Elvina Mohamad, Eriza Allya, Shahronizam Noor, Ustaz Dinie, Along Eyzendy, Izzue Islam, Ruminah Sidek, Nizam Kama serta pelakon kanak-kanak, Putri Amirah Maisara dan Syed Irfan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Setahun derita autoimun hingga berat badan ceah 46kg, Andi Bernadee akhirnya buka mulut punca ‘sembunyi’ diri

TEKA-TEKI mengenai imej misteri penyanyi dan pelakon popular, Andi Bernadee yang dilihat 'berselubung' setiap kali berada di ruang awam...

More Articles Like This