PARTI Amanah Negara (Amanah) mengumumkan barisan pengerusi Amanah negeri melibatkan gandingan penyandang dan tokoh baharu bagi memantapkan pentadbiran parti itu.
Setiausaha Agung Amanah Muhammad Faiz Fadzil berkata barisan kepimpinan baharu itu akan membantu memantapkan pentadbiran parti di semua peringkat bagi mengukuhkan jentera menghadapi pilihan raya umum akan datang serta meningkatkan sokongan rakyat kepada Kerajaan Perpaduan.
Menurutnya pelantikan itu selaras dengan peruntukan Perlembagaan Amanah (Pindaan 2023) yang menyerahkan pelantikan pengerusi Amanah negeri kepada budi bicara Jawatankuasa Pimpinan Nasional (JKP) Amanah.
“Pelantikan yang dibuat ini telah melalui proses syura yang merupakan prinsip utama dalam pentadbiran Amanah dengan mengambil kira pandangan akar umbi di peringkat kawasan-kawasan bagi memastikan amalan demokrasi terus subur,” katanya dalam kenyataan yang dikongsi menerusi akaun Facebook Amanah hari ini.
Baca juga: Sedapnya Coklat Karamel, Cair Di Dalam Mulut Terasa Kenikmatannya
Berikut adalah senarai Pengerusi Amanah Negeri:
- Johor: Aminolhuda Hassan
- Kedah: Mohd Asmirul Anuar Aris
- Kelantan: Adly Zahari
- Melaka: Datuk Ashraf Mukhlis Minghat
- Negeri Sembilan: Datuk MK Ibrahim Abd Rahman
- Pahang: Mohd Fadzli Mohd Ramly
- Perak: Datuk Asmuni Awi
- Perlis: Wan Kharizal Wan Khazim
- Pulau Pinang: Muhammad Faiz Fadzil
- Sabah: Lahirul Latigu
- Sarawak: Abang Abdul Halil Abang Naili
- Selangor: Izham Hashim
- Terengganu: Mohd Hasbie Muda
- Wilayah Persekutuan: Khalid Abd Samad
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

