Stacy di sebalik kostum Bunga Matahari, juara The Masked Singer Malaysia musim ke-4

Dari Penulis

TEKA-teki pemilik suara disebalik kostum Bunga Matahari akhirnya terjawab apabila penyanyi Stacy diumumkan sebagai juara The Masked Singer Malaysia musim keempat (TMSM4), semalam.

Stacy meraih markah keseluruhan sebanyak  80.91 peratus sekaligus berjaya mencuri hati sembilan barisan juri menerusi lagu Lathi nyanyian asal Sara Fajira dan Cinta (Marsha Milan).

Kemenangan Stacy itu sebenarnya sudah boleh dijangkakan selepas dia berjaya bergelar juara mingguan sebanyak tujuh kali.

Isteri kepada penyanyi Akim Ahmad itu membawa pulang hadiah trofi.

Final TMSM4 menyaksikan pelawak mendominasi dua tempat teratas apabila Namie diumumkan sebagai naib juara dengan markah 75.77% selepas berjaya mengelirukan juri di sebalik topeng helang, manakala Danial Zaini yang memakai kostum Sang Kancil diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga (72.66%).

Tempat keempat (72.05%) pula menjadi milik bekas peserta Ceria Popstar, Adinda yang memakai kostum Biskut Aiskrim dan Nabila Razali yang menggayakan kostum Teratai berada di tempat kelima (68.08%).

Persembahan para peserta diadili sebanyak 80 peratus oleh juri tetap terdiri daripada Datuk Aznil Haji Nawawi, Erra Fazira, Angah, Elly Mazlein, Nabila Huda, Zizan Razak, Sherry Alhadad, Rozita Che Wan dan Michael Ang, manakala 20 peratus lagi merupakan undian peminat.

Terdahulu, rancangan yang dihoskan Datuk AC Mizal itu turut menyaksikan penyingkiran seramai sembilan peserta sepanjang sembilan minggu bersiaran.

Sembilan selebriti tersebut ialah Dr Soo Winci (Kak Cat), Amira Othman dan Irfan Haris (Cili Padi), Rashidi Ishak (Putera Katak), Daiyan Trisya (Ikan Emas), Amelina (Pom Pom Kin) dan Azan Ruffedge (Abang Jagung).

Turut tersingkir, Noki K-Clique (Bawang Putih), Datuk Yusry Abdul Halim (Musang) dan Hun Haqeem (Roti John).

TMSM4 berlangsung selama 10 minggu secara langsung dari CIDB Convention Center, Kuala Lumpur dan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Warna.

Tiga juara musim terdahulu iaitu Aina Abdul, Shila Amzah dan Ayda Jebat turut tampil sebagai penyanyi jemputan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ajai sedia kongsi pentas dengan Nourul Depp, hanya tunggu masa yang tepat

KOMPOSER dan penyanyi, Ajai secara terbuka menyatakan kesediaannya untuk kembali berkongsi pentas dengan bekas isterinya, Nourul Wahab, sekiranya diberikan...

More Articles Like This