WALAUPUN sudah selamat bernikah sejak Sabtu lalu, namun kisah rumah tangga pelakon Shakilla Khoriri dan suaminya, Fariz Zalkepley masih lagi menjadi bualan hangat netizen.

Terbaharu, warganet mula memperkatakan tentang kisah perkahwinan terdahulu  suaminya dengan bekas isteri.

Menyedari kisahnya dan suami menjadi topik panas di media sosial, Shakilla tampil membidas dan akan mendedahkan kisah sebenar sekiranya masih ada pihak yang terus  bercakap hal tidak benar tentang mereka.

“Sibuk betul kalian mengorek sana sini kisah dalam kain orang. Yang bersembunyi di sebalik permasalahan pun ada.

“Jangan paksa saya spill the tea. Yang tersakiti, yang menyakiti, difitnah atau memfitnah semua akan dapat masalah kelak. Baik diam.

“Reda dan jalani kehidupan masing-masing dan jangan jadi manusia munafik. Kita semua tahu kebenaran cerita kita. Jadi cukup!.

“Berhenti dengan semua penyampaian cerita pada pihak ketiga atau siapa pun,” katanya menerusi perkongsian di TikTok.

Pada masa sama, Shakilla turut menyarankan kepada pihak yang berhasrat untuk mendedahkan perkara sebenar agar tidak menimbulkan fitnah dan masalah di kemudian hari.

“Nak bercerita atau nak satu Malaysia pada kamu silakan tapi ceritalah pekara sebenar. Ceritakan kesalahan dan kegagalan kita dahulu atau berdiam…kita sama-sama muhasabah diri.

“Jangan seronok sangat kalian menari bertepuk-tangan. Kita semua manusia yang punya keluarga dan anak-anak. 

“Janganlah paksa saya untuk panjangkan hal ini dan buka pekung semua yang terlibat.  

“Jangan libatkan anak-anak atas kebodohan dan kegagalan kita sebagai ibu bapa atau orang dewasa. Tepuk dada tanya selera,” ujarnya. 

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila gambar-gambar mesra Shakilla bersama Fariz yang didakwa ketika itu masih berstatus suami orang.

Malah, media sosial bekas isteri Fariz turut menjadi sorotan netizen sehingga ramai melabelkan Shakilla sebagai penyondol dan punca mereka bercerai.

Sabtu lalu, Shakilla sah bergelar isteri kepada Fariz dalam majlis tertutup di Shah Alam, Selangor.

Sekadar info, Shakilla pernah berkahwin dengan Fizi Ali pada 18 Januari 2018 sebelum bercerai pada Disember 2021.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, aa meena Sofia yang kini berusia lima tahun.