SEORANG pesara tentera maut selepas kereta yang dipandu jatuh ke dalam gaung sedalam tujuh meter dekat Kilometer 65, Jalan Yong Peng-Kluang, semalam.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, mangsa, Samsuri Noh, 52 tahun, disahkan meninggal dunia akibat cedera parah di badan.
Beliau berkata, mangsa dilaporkan hilang sejak Sabtu sebelum ditemukan polis ditempat kejadian pada semalam.
“Siasatan mendapati kereta Proton Iswara yang dipandu mangsa datang dari arah bulatan T6 menghala Kluang telah hilang kawalan sebelum terbabas ke gaung berhampiran,” katanya memetik laporan Berita RTM.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram