Pengarah Solace Synergy Sdn Bhd, Dannial Razali

SOLACE Synergy Sdn Bhd (Solace), peneraju teknologi mesin penghasilan ‘air daripada udara’ dengan menggunakan kepakaran tempatan sepenuhnya akan memperkenalkan produk terbaharu bulan depan.

Solace akan mengeluarkan air minuman beralkali berjenama ‘Embun’ yang bakal dipasarkan melalui wakil pengedar tunggal, Daain Synergy Sdn Bhd di bawah rangkaian produk mereka iaitu Nature Made.

Pengarahnya, Dannial Razali berkata, ‘Embun’ istimewa kerana mempunyai kandungan alkali pada tahap sembilan dan ketulenan yang tinggi berbanding sumber air lain, sekali gus membezakannya dengan air mineral biasa.

Katanya, sasaran utama produk ini adalah golongan yang mahu menjaga dan mementingkan kesihatan termasuk orang muda yang aktif bersukan.

“Kajian perubatan menunjukkan bahawa pengambilan air berpH tinggi seperti ini dapat membantu melancarkan aliran darah, terutamanya selepas aktiviti fizikal yang lasak.

“‘Embun’ bukan sahaja dapat menghilangkan dahaga tetapi juga memberikan manfaat kesihatan yang
signifikan.”

“Air alkali ini tidak hanya membantu melawan penyakit osteoporosis dan menstabilkan tekanan darah, tetapi juga dapat melegakan masalah usus dan perut dengan meneutralkan asid refluks,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dannial berkata, sebagai permulaan, Solace akan mengeluarkan sekitar 62,000 pek air sebulan, sebelum ditingkatkan mengikut permintaan.

Baca artikel lain: Pesara tentera maut selepas kereta jatuh gaung tujuh meter

“Kami menyasarkan untuk menguasai lima peratus pasaran tempatan dengan produk jenama ‘Embun’ ini,” ujar beliau lagi.

Solace juga menggunakan teknologi sama untuk menghasilkan air yang biasanya digunakan dalam proses rawatan dialisis di Malaysia dalam masa terdekat kerana merasakan potensinya sangat besar.

Menurut Dannial, penghasilan ‘air daripada udara’ dilakukan menggunakan mesin Atmospheric Water Generator (AWG) yang dibangunkan dengan kerjasama Prof Madya Dr Ammar Zakaria dari Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP).

“Dengan mesin teknologi ini, kami boleh mengubah udara yang berada di sekeliling kita kepada air minuman yang tinggi piawaiannya selain benar-benar tulen dan bersih.

“Kami meniru proses yang berlaku secara semula jadi seperti mana terhasilnya ‘air embun’ di waktu pagi, dan menjadikannya beralkali untuk memberikan lebih manfaat kepada pengguna,” katanya.

Beliau menegaskan, AWG mematuhi dan melepasi piawaian kualiti pihak berkuasa.

“Kami mempunyai sijil pengiktirafan dari SIRIM dan pihak berkuasa nuklear tempatan, menjamin kualiti dan keselamatan air yang dihasilkan.

“Solace bukan sahaja menyediakan bekalan air alternatif yang selamat, bersih dan tulen tetapi juga membawa teknologi tempatan ke peringkat global,” kata Dannial lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram