Citarasa Khazanah, juadah tradisi dari Micasa sempena Ramadan

Dari Penulis

Ramadan tidak lama lagi akan menjelma. Bagi golongan yang tidak sempat masak dan memang merancang mencari tempat yang sesuai untuk berbuka puasa dengan harga berpatutan, kami cadangkan untuk masukkan MiCasa All Suite Hotel ke dalam senarai lokasi pilihan untuk berbuka nanti.

Sempena Ramadan, hotel yang terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur ini manawarkan hidangan pada harga mampu milik. Berkonsepkan ‘Citarasa Khazanah’ yang disediakan oleh Chef Adrian, hotel ini mengembalikan nostalgia dengan keenakan juadah warisan tradisional dari pelbagai tempat.

Antara menu yang disediakan seperti asam pedas ekor, gulai lemak, masak kerutuk, daging masak hitam, sate dan banyak lagi. Aneka sambal klasik seperti tempoyak, belacan, buduk dan sambal hitam juga ada. Tidak lupa pelbagai kuih muih tradisional dan aneka bubur seperti bubur jagung, bubur pulut hitam dan bubur cha cha.

Ada juga menu lain seperti kambing panggang, mee kari, keropok lekor, cucur udang, pisang gorang, tofu bergedil dan macam-macam lagi. Jika anda peminat makanan laut, tersedia lautan seafood yang berisi ketam, sotong, kepah, udang, ikan yang boleh dimakan dengan pelbagai sambal pencicah.

Hidangan Ramadan di sini terbahagi kepada dua pilihan menu. Pertama, hidangan buffet yang bermula dari 21 Mac sehingga 5 April pada setiap hari Khamis, Jumaat dan Sabtu dengan harga RM139 (dewasa) dan Rm95 (warga emas berusia 60 tahun ke atas dan kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun).

Pilihan kedua pula berupa set dinner berharga RM168 untuk dua orang yang disediakan untuk hari Ahad, Isnin, Selasa dan Rabu bermula pada 12 Mac sehingga 3 April.

Jangan risau, kemudahan surau disediakan malah, harga parking pun murah dengan kadar rata RM5 sahaja.

Untuk tempahan dan pertanyaan, anda boleh hubungi Micasa All Suite di talian 03-21798181.

______

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sushi King perkenal pengalaman yakiniku pertama seluruh Malaysia

SUSHI King kini memperluas pengalaman menjamu seleranya menerusi pelancaran pengalaman Yakiniku Sushi King serba baharu di semua cawangan seluruh...

More Articles Like This